Pagi ini saya meluangkan masa bertanya kepada ChatGPT tentang pemilihan jawatankuasa PENA Malaysia sesi 2024/26 yang baru berlangsung.
S: Boleh berikan analisis tentang hasil pemilihan mesyuarat agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia yang berlangsung kelmarin?
ChatGPT: Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan ke-61 Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Pada 8 Disember 2024, Mesyuarat Agung Tahunan ke-61 PENA telah berlangsung di Rumah PENA, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini menyaksikan pemilihan kepimpinan baru bagi sesi 2024/2026. Berikut adalah keputusan pemilihan:
– Presiden: Mohamad Saleeh Rahamad mengekalkan jawatan dengan memperoleh 54 undi, mengalahkan pencabarnya, Mohd Khair Ngadiron yang mendapat 33 undi.
– Timbalan Presiden: Hanafi Ibrahim dipilih dengan 51 undi, mengatasi Syed Mohd Zakir Syed Othman yang memperoleh 47 undi.
– Setiausaha Agung: Norzuraina Mohd Nor menang dengan 58 undi, menewaskan Lutfi Ishak yang mendapat 32 undi.
– Timbalan Setiausaha Agung: Zaifulnizam Wagiran dipilih dengan 50 undi, mengalahkan Rosman Md Shah.
– Bendahari: Azalan Hussain dilantik tanpa bertanding.
– Pengerusi Tetap: Roslan Madun dan Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Mohd Radzuan Ibrahim dilantik tanpa bertanding.
Selain itu, ahli jawatankuasa PENA yang dilantik adalah:
– Rosman Md Shah
Jawatan Pemeriksa Kira-kira disandang oleh Adam Buck Lee dan Karim Mohamad.
PENA, yang ditubuhkan pada tahun 1961, kini mempunyai 816 ahli aktif di seluruh negara, termasuk 324 ahli seumur hidup dan 487 ahli biasa, serta lima ahli bersekutu dari luar negara.
Pemilihan ini mencerminkan komitmen PENA dalam memartabatkan sastera dan budaya Malaysia melalui kepimpinan yang berwibawa dan berpengalaman.
Cite: MalaysiaKini
S: Apa pendapat anda tentang kekalahan Mohd Khair Ngadiron dan ketiadaannya dalam barisan jawatankuasa PENA kali ini?
ChatGPT: Kekalahan Mohd Khair Ngadiron dalam pemilihan Presiden PENA serta ketiadaannya dalam barisan jawatankuasa kali ini adalah sesuatu yang boleh dilihat dari beberapa perspektif:
Secara keseluruhan, keputusan ini mencerminkan kehendak ahli untuk memberi kepercayaan kepada individu tertentu, tetapi ia tidak menafikan sumbangan Mohd Khair kepada bidang sastera. PENA, sebagai persatuan berprestij, memerlukan penyatuan semua tokoh dalam usaha membangun dan memartabatkan sastera Melayu.
S: Apakah yang patut barisan kepimpinan PENA Malaysia lakukan untuk menjadi sebuah persatuan yang lebih aktif dan berperanan serta lebih menonjol di masa akan datang?
ChatGPT: Untuk memastikan PENA Malaysia menjadi sebuah persatuan yang lebih aktif, berperanan, dan menonjol di masa akan datang, barisan kepimpinan perlu mengambil langkah strategik yang melibatkan semua aspek operasi, hubungan, dan aktiviti. Berikut adalah beberapa cadangan:
Dengan langkah-langkah ini, PENA bukan sahaja mampu kekal relevan, tetapi juga menjadi pemimpin utama dalam dunia sastera Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Untuk berlaku adil, saya juga bertanyakan soalan berikut kepada ChatGPT.
S: Adakah anda kenal dengan Mohd Khair Ngadiron? Berikan analisis latar belakang beliau sebagai rujukan.
ChatGPT: Mohd Khair Ngadiron ialah tokoh penting dalam dunia sastera dan penerbitan di Malaysia. Beliau dikenali melalui sumbangan besar dalam memperkukuhkan kedudukan bahasa dan sastera Melayu, serta peranannya dalam sektor penerbitan, penulisan, dan pengurusan organisasi budaya.
Mohd Khair Ngadiron adalah contoh seorang pemimpin yang berdedikasi dalam memperjuangkan sastera Melayu, penerbitan, dan bahasa sebagai alat untuk membina identiti budaya negara. Analisis terhadap sumbangan beliau menunjukkan betapa pentingnya usaha gigih dan visi jelas dalam memperkukuhkan kedudukan sastera Melayu di Malaysia dan dunia.
S: Bagaimana pula dengan Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, apakah latar belakang beliau? Berikan analisis penuh tentang Mohamad Saleeh Rahamad.
Dr. Mohamad Saleeh Rahamad adalah seorang tokoh sastera, akademik, dan penulis Malaysia yang terkenal dengan sumbangannya dalam pengembangan dan pemeliharaan sastera Melayu. Beliau merupakan figura yang dihormati dalam dunia kesusasteraan kerana penglibatan aktifnya sebagai sarjana dan penulis yang membawa idea-idea segar dalam kajian dan karya sastera.
Dr. Mohamad Saleeh Rahamad adalah figura penting yang menjadi jambatan antara tradisi dan inovasi dalam sastera Melayu. Dengan pemikiran yang tajam, komitmen yang mendalam, dan sumbangan yang signifikan, beliau tidak hanya melestarikan warisan sastera tetapi juga membuka ruang baharu untuk sastera Melayu berkembang di pentas dunia.
Nota:Perbualan dengan ChatGPT ini bukanlah pandangan persatuan atau peribadi editor tetapi untuk melihat sejauh mana keberkesanan ChatGPT dalam memberi analisis dan pendapat tentang sesuatu isu dan topik.
Guru Oh Guru hasil karya Usman Awang 1979 adalah antara karya sastera puisi yang malar segar dalam kehidupan masyarakat dan sering kali menjadi rujukan serta pilihan untuk dideklamasikan ketika sambutan hari guru, bulan kebangsaan mahupun majlis-majlis tertentu. Bait-bait puisi ini seolah memberi pengertian tersurat terhadap perjuangan dan pengorbanan warga pendidik dalam mendidik anak bangsa. Puisi Keris Itu Masih Ditangamu hasil karya Ahmad Sarju pula memberi penekanan tentang realiti dunia yang sebenar. Ada manusia berpura-pura baik tetapi penuh hasad sehingga menikam dari belakang dan ada sebahagian yang dianggap hina namun dialah yang paling berbudi. Isi tersurat secara umumnya dinyatakan menerusi kata-kata yang dibaca dan tersiratnya maksud lain secara mendalam yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk dihayati oleh pembaca. Menterjemah makna disebalik keindahan bahasa cenderung kepada puisi. Puisi adalah wahana pilihan ramai untuk meluahkan rasa hati. Pada tahun 90-an penerbitan buku puisi menjadi tumpuan tidak mengira kelompok. Tidak terkecuali juga golongan bidang profesional dan kini kian popular di kalangan pemimpin negara yang menulis puisi sehingga genre ini menjadi pilihan terbitan sulung karya mereka.
Merujuk kepada Za’ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa (A. Halim Ali, 2006:9). Edger Allan Poe mula mengatakan puisi sebagai ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama dan citarasa adalah unsur yang diutamakan manakala Dante pula menyebut puisi sebagai perkara-perkara benar yang diucapkan dalam bahasa yang indah. Begitulah pandangan para sarjana dan tokoh yang kesemuanya mengabsahkan keindahan disebalik sebuah puisi.
Puisi turut berperanan sebagai rumah kepada penghuninya sebagai medan pertemuan pengkarya, penggiat, penulis dan pengkaji. Pengumpulan dan pertemuan ini disambut baik oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang menjadikan Rumah PENA sebagai lokasi bertemu mata, wadah penyampaian aktiviti sastera dan persembahan puisi. Baca Puisi Rumah PENA diadakan pada hari jumaat minggu pertama setiap bulan seakan memberi nadi kepada pengkarya dan penulis. Konsepnya santai dengan acara di pentas Sutung Umar RS dan turut memberi peluang kepada penerbit-penerbit kecil menjual buku. Hingga kini PENA masih teruskan aktiviti ini dan menjadi tumpuan generasi lama dan baharu untuk mengeratkan silaturahim. Inisiatif PENA menghadirkan tetamu kehormat di kalangan pemimpin negara di segenap peringkat adalah langkah bijaksana untuk mengkarabkan hubungan dan memanjangkan tali persahabatan antara pemimpin dan rakyat yang berjiwa seni khususnya pentas puisi.
Kepesatan teknologi serta kebebasan media telah banyak mengubah cara masyarakat khususnya generasi Madani dalam menyuarakan pandangan, pendapat positif atau sebarang ketidakpuasan hati. Bagi mereka segalanya bebas dan boleh disuarakan meskipun ia bebaur negatif atau boleh menjatuhkan moral diri. Merujuk kepada akhbar (Berita Harian Online, 7 Mei 2024), “Kebebasan media wajar hormati pandangan, sensitiviti masyarakat menjelaskan kebebasan maklumat tanpa batas boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku masyarakat. Media sosial beri segalanya untuk meluahkan namun tanpa kita sedar ia juga telah banyak menghilangkan nilai pekerti iaitu adab dan nilai murni dalam menyuarakan pandangan sehingga mampu membawa kepada pertelingkahan. Indikator yang dibawa dalam Malaysia Madani sendiri memberi penekanan terhadap nilai hormat, yakin, percaya diri, tinggi daya cipta dan ihsan terhadap manusia dalam pengamalan setiap kelompok masyarakat dan segala unsur ini diterjemah melalui medium puisi.
Demikian puisi seharusnya menjadi suara setiap kelompok masyarakat tua mahupun generasi Madani dalam menterjemahkan setiap apa yang mereka rasakan tidak kira dalam apa sekali bentuk sama ada penulisan, deklamasi, ucapan, persembahan dan sebagainya. Kita memilih puisi kerana tidak ada puisi yang mengajak ke arah kejahatan dan puisilah banyak mengajar kita untuk sentiasa beradab dalam mengeluarkan kata-kata kerana bahasa mampu melembutkan, boleh menyedarkan manusia juga mampu menyatupadukan bangsa.
Puisi adalah medium yang boleh memandu manusia untuk menjadi seseorang yang tinggi nilai pekerti dan mendalam terhadap nilai ihsan kepada manusia. Namun bahasa hanya ramuan dalam mengindahkan sesebuah hasil karya dan yang paling penting ialah penghayatan dan kefahaman individu terhadap intipati serta maksud disebalik sesebuah puisi.
Untuk menghayati sesebuah puisi “Kita harus masuk ke dalam puisi, dan puisi harus masuk ke dalam kita”. Inilah pesanan oleh Sasterawan Negara ke-15 Datuk Rahman Shaari yang sering menjadi titipan dan panduan ketika beliau berkongsi tentang bagaimana menimbulkan perasaan, penghayatan serta pemahaman dalam sesebuah puisi atau mana-mana karya sastera. Penyampaian sesebuah puisi tidak lahir dalam masa yang singkat ia perlu melalui proses memahami, mendalami, membedah setiap rangkap hasil karya. Malah pemahaman terhadap sesebuah puisi juga boleh jadi berbeza berdasarkan apa yang dibayangkan dan pengalaman hidup yang pernah dilalui.
Puisi bukanlah sebuah karya sastera yang dilafaz tanpa difahami atau hanya tulisan dengan bahasa indah yang hanya disampaikan ketika majlis keraian seperti sambutan hari guru, bulan kemerdekaan, majlis perpisahan atau dideklamasi dalam sesuatu pertandingan. Namun ia berperanan sebagai medium penyampaian maklumat kepada masyarakat juga pemimpin.
Anugerah Tuhan karya A. Aziz Deraman membawa kita meneroka perihal menjadi manusia, segalanya bermula dengan penciptaan tuhan dan jangan terlalu mengejar dunia sehingga tiang layar menjadi dagangan, bersederhana dan bersyukurlah seadanya kerana pengakhiranya manusia hanya seorang hamba yang perlu kembali sujud pada pencipta-Nya.
Dalam setiap penyampaian puisi yang harus dicari bukan kreativiti semata-mata namun penyampaian yang Ikhlas penuh penghayatan dan yang paling sukar ialah menterjemahkan nilai estetika dalam sesebuah penyampaian bagaimana sesebuah karya yang mempunyai beberapa rangkap boleh menimbulkan unsur keindahan, kekaguman, keinsafan dan semestinya kesedaran kepada diri penyampai juga audiens yang mendengar.
Usaha untuk menanam rasa cinta terhadap keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu sejak dulu telah dilaksanakan oleh Gabungan Persatuan penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan penganjuran Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) di peringkat negeri dan kebangsaan. Melalui SDPK, GAPENA telah berjaya melahirkan ramai pemuisi di pelbagai peringkat umur merentasi latar belakang pendidikan dan kerjaya. Legasi penganjuran seumpama ini turut disambut oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui penganjuran Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA) 2024 yang ditukangi oleh generasi muda juga mahasiswa daripada Kelab Penerbitan Kreatif dan Pusat Kebudayaan USIM dengan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
Penganjuran yang julung kali diadakan ini adalah salah satu usaha berterusan bagi mengangkat suara kemanusiaan melalui bidang sastera Melayu khususnya puisi ke peringkat antarabangsa. Membawa tema kemanusiaan merangkumi isu-isu kemiskinan, keamanan, kebebasan, pendidikan yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara. Program berbentuk pertandingan berhasrat meningkatkan kefahaman, serta minat kepada generasi muda dan masyarakat terhadap keunikan sastera puisi Melayu di Malaysia sekali gus menjadi medium melestarikan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di pelbagai peringkat khususnya generasi Madani yang menjadi penghubung komunikasi di seluruh dunia.
Justeru, usaha mengangkat sastera Melayu dalam kalangan generasi madani khususnya puisi harus rancak diperkasa oleh semua pihak bukan hanya pada entiti berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penulis Negeri atau badan-badan kerajaan kerana puisi adalah milik semua, karya yang tidak mati dan malar segar. Puisi bukanlah sekadar karya bermusim namun ia suara yang menyatupadukan kita semua. Ia harus disisip rapi dalam jiwa seluruh pencinta puisi sebagai lambang jati diri dan indentiti bangsa. Puisi perlu menjadi medium mengetengahkan bakat generasi penerus seni sastera Melayu zaman moden ini, sekali gus menyuntik semangat dan rasa cinta terhadap keindahan bahasa ibunda kita bahasa Melayu.
Akhirnya, puisi itu indah manifestasi dari jiwa yang subur dan mekar, namun jiwanya akan layu jika hanya bertongkat pada nafsu seni semata-mata, maka suburnya harusnya dibaja dengan nilai insani yang memandu manusia berpekerti mulia dan tinggi jati dirinya.
Sumber: USIM
Oleh: Dr Mohamad Saleeh Rahamad
ADA dua perkara sering dilanggar ahli Dewan Rakyat dalam persidangan, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan larangan penggunaan ungkapan kurang sopan serta bersifat seksis.
Ini menyebabkan Dewan Rakyat tidak ubah kadangkala seperti pasar, malah ibarat kelas budak nakal sukar dikawal peraturan, sekali gus menghilangkan penghormatan masyarakat terhadap mereka.
Jika dahulu hal sedemikian tersembunyi lantaran ketiadaan rakaman atau siaran langsung, kini masyarakat sudah dapat menyaksikan segala-galanya.
Dewan Rakyat sepatutnya berperanan sebagai entiti legislatif, membuat undang-undang dan akta, malangnya mereka menduduki kerusi mulia itu tanpa segan silu melanggar peraturan sedia dimaklumi.
Menurut peraturan Dewan Rakyat, penggunaan bahasa Melayu dalam sidang ialah suatu kewajipan atau hak, bukannya suatu keistimewaan, manakala bahasa Inggeris hanya boleh digunakan selepas mendapat perkenan Tuan Yang Dipertua.
Malangnya, ada Ahli Parlimen dengan sewenang-wenang dan bangga menggunakan bahasa Inggeris tanpa kebenaran, walaupun ada ketikanya mereka meminta izin selepas bercakap. Mereka hanya bersandar pada frasa ‘dengan izin’ selepas mengeluarkan bahasa Inggeris tanpa menunggu maklum balas daripada Yang Dipertua Dewan. Malah, kadangkala tonggak peneraju persidangan pun terkeluar bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris jelas menjadi senjata melengkapkan pesona seorang ahli Dewan bahawasanya mereka mempunyai nilai keintelektualan dan status sosial tinggi. Bahasa Inggeris menjadi tanda aras kehebatan seseorang tidak boleh ditinggalkan biarpun dengan hanya mengucapkan sebaris ayat.
Selain itu, penggunaan bahasa kurang sopan atau bersifat seksis menyalahi Peraturan Mesyuarat Perkara 36 (4) juga terlalu berleluasa hingga sukar dikawal. Bertempiklah Speaker atau Timbalannya untuk meredakan keadaan, tetapi maki hamun seperti tiada batasan lagi.
Dua kaedah elak langgar peraturan
Inilah masalah menghantui persidangan Dewan Rakyat sedangkan rakyat menyerahkan mandat kepada mereka untuk memberikan contoh dan teladan baik sebagai pemimpin menjaga tatatertib.
Sampai bilakah situasi sebegini mewarnai Dewan Rakyat? Atau memang perangai mereka seharusnya dikekalkan begitu bagi memberikan merit kepada seorang wakil rakyat berani? Jika keadaan itu mahu diredakan, apakah kaedahnya?
Dalam konteks ini ada dua kaedah dapat memastikan pelanggaran peraturan itu tidak berlaku, iaitu pertama, secara ideologikal atau pendidikan sahsiah, manakala kedua, penguatkuasaan peraturan dengan hukuman bersesuaian.
Bagi memastikan semua ahli Dewan Rakyat boleh berbahasa Melayu dengan betul dan baik, semua parti hendaklah menyaring calon pilihan raya dengan ketat bagi mengelakkan wujudnya Ahli Parlimen tidak pandai berbahasa Melayu.
Hal ini dapat dilakukan jika semua parti menyedari penting bahasa kebangsaan dikuasai wakil mereka. Jika tidak, kita akan terus menyaksikan persembahan sama seperti maksud peribahasa: sepuluh jong masuk ke pelabuhan, anjing tetap bercawat ekor.
Sekiranya semua ahli Dewan Rakyat itu sedia bijaksana menggunakan bahasa Melayu, tetapi tetap bersikap degil daripada mengikut peraturan, hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.
Namun, bukannya mudah bagi Yang Dipertua untuk menggantung atau mengusir ahli Dewan pada setiap masa kerana itu hanya mengurangkan perbahasan, bahkan mereka digantung memperoleh merit pula sebagai wakil rakyat berani.
Oleh itu, sistem denda dengan pemotongan elaun kehadiran mereka seperti turut disentuh dalam akhbar ini Ahad lalu, menjadi alternatif terbaik, walaupun tidak terlalu menjejaskan mereka.
Kaedah seterusnya menerusi pendidikan dan kursus kemahiran bahasa. Walaupun begitu, pendidikan berbahasa baik dan indah bukanlah mudah dilaksanakan kerana ahli Dewan Rakyat itu tidak mudah mengakui kelemahan, di samping sukar untuk memaksa mereka agar menjalani kurus bahasa kerana kekangan masing-masing.
Malaysia sudah mempunyai Perlembagaan dan peraturan untuk meneguhkan negara bangsa, tetapi penghormatan terhadap aspek itu semakin luntur, terutama dalam kalangan pemimpin politik sendiri. Sampai bilakah proses penurunan darjat bahasa kebangsaan akan berterusan?
Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, UM yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Sumber: Berita Harian
Oleh: Abdullah Jones Disiarkan 8 Mac 2024
“Sendu is, you know,like, boring. You know, like, unvibe“
SEMASA duduk makan pagi di Telok Intan tempoh hari, kami terdengar perbualan dari meja sebelah. Beberapa orang wartawan tempatan cuba menerangkan makna perkataan ‘sendu’ kepada rakan mereka dari Jepun.
Dalam kepala, kami bertanya kepada diri sendiri apakah ‘sendu’ itu perkataan sebenar atau sekadar slanga. Dan melalui pencarian di internet kami dapati bahawa ianya adalah perkataan yang direkod dan membawa makna yang sama dengan sedih, pilu, duka murung dan sebagainya.
Kenangan mengenai perbualan diatas datang kembali apabila kami bertemu dengan Sinaganaga Azalan Benhusain baru-baru ini.
Bendahari PENA itu mengatakan bahawa acara-cara baca puisi di mana-mana pun adalah sendu. Penyair yang naik kepentas tidak ada usaha langsung untuk menjadikan pembacaan mereka itu lebih menarik. Semuanya sekadar mahu naik kepentas dan melontarkan suara dalam nada yang sama. “Macam baca puisi merdeka blake. Tegak dan keras kejung dan kadang-kadang menjerit sebab marah kerajaan tak naikkan pencen,” kata dia lagi.
Kami sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Majlis baca puisi di mana pun adalah mandom. Ianya menjadi majlis berjumpa kawan-kawan. Yang membaca puisi pun kawan dan yang mendengarnya juga adalah kawan. Jadi semacam majlis reunion para penyair sambil bergosip siapa layak atau tidak untuk memenangi hadiah SEA Write Award tahun ini padahal Naga dan kami bersetuju sangat jika kami berdua yang dicalonkan.
Naga yang juga kurator bagi satu siri acara baca puisi yang terbesar yang akan diadakan pada tahun ini memuji persembahan pelakon, kartunis, penulis pojok dan juga model iklan Ronasina baru-baru ini.
Persembahan Ronasina dalam acara baca puisi di Melaka itu menurut Naga, walaupun hanya diiringi oleh beberapa orang kanak-kanak yang meniup buih sabun sekurang-kurangnya memberikan sedikit nyawa bagi acara tersebut.
“Tapi, kalau dia baca saja je dan tak nyanyi lagi ok,” kata Naga lagi.
Dia juga memberikan contoh persembahan penyair yang jarang menulis puisi, Omorq Iwan. Penyair yang sering datang dengan sesuatu yang tak disangka itu katanya berjaya menarik penonton untuk menumpukan perhatian.
Omorq pernah menyapu sampah dan juga memasak di pentas ketika menyampaikan puisinya. Tahniah kepada Omorq yang katanya baru beroleh cahayamata pertama itu.
Seorang lagi penyair yang mendapat pujian dari Naga ialah Ali Adenan yang gemar membuka baju dan merokok ketika beraksi di pentas.
“Sebab dia bukak baju tu yang dapat kawin model” kata Naga mengenai Ali Adenan.
Untuk menumpang megah nama mereka kami ingin memaklumkan bahawa Ali dan Omorq adalah anggota kumpulan Rajawali Art Groupe Internationale. Selain Acai, apa saja yang kami sentuh menjadi emas untuk kebangkitan seni negara.
Bukan semua penulis dilahirkan untuk menjadi pendeklamator yang baik. Kami ini walaupun sering mempersonakan dunia dengan puisi-puisi yang merobek jiwa akan sentiasa menolak untuk naik ke pentas-pentas puisi. Kami tahu suara kami tak sedap.
Dan puisi-puisi kami biasanya dilagukan oleh si Airmas SZ. Dia mendakwa sebagai bekas penyanyi yang tak jadi untuk kumpulan SYJ tetapi dari suara kepitnya itu kita tahu dia tidak berkata benar.
Sementara si Hamzah Yazid di Lumut sana juga sering membacakan puisi-puisi kami dan dirakam. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka berdua. Nyanyian Airmas dan juga bacaan Hamzah boleh ditemui di saluran You Tube.
Penyair-penyair lain juga harus begitu. Jika kamu malas tiup buih sabun atau memasak sambil buka baju dan menyampaikan puisi, cari budak-budak yang sanggup. nanti bila bendahari hulur seratus setelah tamat persembahan, kamu hulurlah RM25 kepada budak-budak itu. Sama-sama merasa.
Puisi kamu pula akan sentiasa diingat dan tidak mati sejurus kami turun dari pentas.
Mohamad Saleeh Rahamad sedikit beruntung.
Audiens akan segera menjeritan nama Siti setiap kali dia naik kepentas. Puisinya yang berjudul Siti itu sentiasa menjamin penyertaan penonton. Pun begitu dia tidak seharusnya bergantung hanya pada puisi yang satu itu. Bimbang ianya akan menjadi seperti lagu ‘Permata Buat Isteri’ untuk kumpulan Kopratasa. Diulang-ulang selamanya setiap kali kumpulan tersebut beraksi di pentas.
Melalui buku ‘Masihkah Kauingat Jalan ke Sini, Siti,’ kita akan dapati Mohamad Saleeh adalah lelaki yang romantis. Dan mungkin juga sedikit biang. Atau sebenarnya bukan biang tetapi agak nakal bila datang kepada menulis puisi.
Biang lelaki sangat diperlukan apabila kamu mahu masuk kepada menulis puisi. Menurut Saleeh pada buka bicara buku ini, ‘kadang-kadang,sajak disempurnakan dengan “pendustaan”. Dan dalam berdusta menjadi biang tua, Saleeh berjaya memikat pembaca dengan segala macam romantikanya.
Puisi cinta dan kemalangannya, bila ditulis oleh seorang lelaki akan menjadi kumpulan kata yang kuat dan kadangkala sedikit birah dan main-main berbanding bila ianya ditulis oleh seorang wanita.
Ini gambaran hidup bahawa lelaki adalah insan menawan.
Perempuan bila menulis, setelah berkeluh-kesah akan segera kembali kepada depressed-nya, bipolar-nya dan juga senggugut yang tidak tenteram itu. Kita seperti dipaksa sama sakit dengan mereka padahal kita tidak mahu.
Ini pula gambaran bahawa perempuan hanya menulis apabila mereka mempunyai masalah. Mereka sentiasa dan suka duduk dalam sendu.
Penulis perempuan sepatutnya setelah menguruskan rumahtangga menumpukan perhatian dalam menulis mengenai cerita-cerita hantu dan fantasi kerana mereka bukan saja menakutkan malah sering menjadi impian yang tidak kesampaian sesetengah lelaki.
Mereka boleh menjadikan kejayaan Mary Shelley dan J.K Rowling sebagai teladan.
Kami sertakan sebahagian puisi Siti yang terkenal itu. Semasa kamu membaca bait-baitnya, bayangkan nama Siti itu dijerit oleh ramai orang untuk lebih menghargainya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Saleeh dan Siti, kamu perlu mendapatkan buku ini.
Secara peribadi kami sukakan kelembutan seorang lelaki yang dipersembahkan di dalam buku ini.
Siti
kerana aku menyukai
wanita yang bernama itu
kunamai engkau siti
walau tak aku tahu
asal usul dan keturunanmu.
Kupilih siti kerana sebutannya ringkas
dan bunyinya penuh kelembutan
memberi ketenangan
mencairkan ketegangan.
kubawa engkau merentas malam
mencermati jalan yang samar
mengelak duri yang menjulur di tepian
belajar tentang makna cahaya di saat kegelapan
belajar tentang gelap yang sarat jangkaan.
Artikel asal: Senimalaya