Malam Baca Puisi PENA kembali lagi

Malam Baca Puisi PENA kembali lagi. Kali ini Baca Puisi akan diadakan pada 5 April 2024 bertempat di Rumah PENA.

Tetamu khas yang akan bersama meraikan Baca Puisi edisi Ramadan ialah YBhg. Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Dengan tema ‘Dan Ramadan membenih jiwa iman yang lestari’, pelbagai pengisian menarik akan diadakan pada hari tersebut. Antaranya tahlil, majlis berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah, diikuti baca puisi sebagai kemuncak acara.

@pena.malaysia Malam Baca Puisi PENA kembali lagi #bacapuisi #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #foryoupage #penamalaysia ♬ bunyi asal – PENA Malaysia

Aspirasi Orang Muda kali ini menampilkan Adieyka Zainal. Beliau yang merupakan anak jati Kuala Lumpur mula meminati bidang seni teater sejak tahun 2002 hingga kini. Beliau adalah graduan terbaik Fakulti Teater ketika di peringkat Diploma Teater dan Ijazah Sarjana Muda Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Adieyka Zainal merupakan pensyarah di ASWARA.

Beliau banyak melibatkan diri sebagai Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip Teater, Petugas Pentas, Pengurusan Pentas dan Produksi serta lain-lain lagi. Beliau telah bergiat aktif di dalam lakonan teater seperti Scapin karya Moliere di Panggung Eksperimen ASWARA, Muzikal Puteri Gunung Ledang musim pertama dan kedua sebagai Stupa Ensemble, Muzikal Ibu Zain musim pertama dan kedua, Anthony dan
Cleopatra, Mustaqima, Micoyoyo, Tyickoouns, Merah, Uri di Kapsul TV untuk RTM, Kopi O Kosong bagi drama TV, dan Hadhari.

Beliau turut terlibat di dalam persembahan Randai seperti Anggun Bainai Jo Sutan Nogori, Aabai Nan Aluih, Puti Nilam Sari dan Dari M ke M. Beliau juga terlibat di dalam teater seperti Tingginya Menyapu Awam bagi teater moden, teater klasik seperti Taufan, Bakai, Antigone, West Side Story, Main Teri: Bercerai Kasih Menolak Sayang, Tanah Bernanah, dan bagi Bangsawan pula beliau turut serta di dalam Megat Panji Alam.

Beliau menjadi koreografer bagi gerak randai bagi persembahan teater Kolaj ‘saya… dari hujung kota’, teater Gelanggang, Sketsa Kenali Anak Anda dan menjadi penolong pengarah bagi Muzikal Upin dan Ipin di Istana Budaya.

PENCAPAIAN
Adieyka juga pernah mengarahkan teater seperti SARIMAH MURDER STORY di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), MERAH karya Sabri Buang, LIF-E karya beliau sendiri bagi program Teater Kecil 5 Karyawan Muda di Panggung Eksperimen ASWARA, Tun Teja Ratna Menggala, Malam Jahanam, SENTAP, Tamu Dari Medan Perang karya Dinsman, Gejolak karya Ikhwan Kurosawa dan karyanya yang berjudul LIF-E dan Assalamualaikum Y.B telah memenangi skrip terbaik Karnival Teater Universiti Malaya (UM) pada tahun 2012 dan 2013.

Beliau mempunyai pengalaman sebagai Pengurus Pentas Teater dan Seni Persembahan, beliau juga pernah menjadi pengurus pentas bagi Konsert Hayat 40 Ramli Sarip di Istana Budaya, pengurus pentas bagi Muzikal P.Ramlee Tanya Sama Hati, pengurus pentas bagi bangsawan Alang Buana dan pengurus produksi bagi bangsawan alumni ASWARA berjudul Badang serta banyak lagi produksi sejak tahun 2002 hingga kini.

Kini Adieyka Zainal merupakan pensyarah di Program Pengajian Asasi Seni Kreatif ASWARA dan beliau turut pernah menjadi jurulatih teater di Kolej Komuniti Selayang, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, Kolej Kediaman 2 dan 3 Universiti Malaya (UM) dan beliau juga merupakan bekas guru drama dan seni persembahan di Sri Garden International School yang kini dikenali sebagai Taylor’s International School, dan pensyarah sambilan dalam seni teater di Management and Science University (M.S.U).

Datanglah beramai-ramai ke Malam Baca Puisi PENA edisi Ramadan!