"Kerja di PENA ialah secara sukarela dan datang dengan banyak tanggungjawab. PENA memiliki sejarah panjang dan penubuhannya dulu hadir dengan misi dan visi yang besar. Sesiapa pun yang memegang PENA, perlu memastikan perjuangan itu di atas."
Mohamad Saleeh Rahamad, lahir pada 20 Julai 1964 di Perak, Malaysia; mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ulu Kuang, Chemor (1971-1976), Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Chemor (1977-1981), Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh (1982-1983), Universiti Malaya (1985-1988); memperoleh ijazah sarjana (1994), dan PhD (2011).
Selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda beliau menyertai Kumpulan Karangkraf untuk menjadi wartawan akhbar Watan (1988). Kini menjadi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Malaya. Buku yang pernah dihasilkannya ialah Oksidentalisme dalam Sastera Melayu Sebelum Merdeka hingga Era Mahathir Mohamad (2014), Ahmad Mahmood: Bintang di Langit Seni (2010), Pencerekaan dalam Novel Sejarah (2005), Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan (1996); editor dan penulis makalah bagi buku Memartabatkan Persuratan Melayu (2006), Bunga-Bunga Bahasa untuk Penulisan (2009), Idealisme dan Intelektualiti dalam Karya (2005), Idealisme Penulis Muda (2005), Persuratan dan Peradaban Nasional (2006), dan Budaya Serumpun Mendepani Globalisasi (2007), Dialog Serantau: Malaysia-Sumatera (2008).
Buku Strategi Pengajaran Guru Cemerlang, Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan: Buah Fikir Guru Cemerlang (2011), Kreativiti dan Inovasi Menjana Transformasi Pendidikan: Idea P&P Guru Cemerlang (2012), Media Warisan Menghadapi Tantangan Zaman: Festschrift buat Abdul Latiff Abu Bakar (2011), Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran (2012), dan Takah Lima Puluh (antologi puisi 2012). Kumpulan puisinya Serindit Merah terbit pada tahun 2016). Beliau merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sejak 3 Oktober 2010, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sesi 2022-2024, dan ahli Seumur hidup Lembaga Pembangunan Sastera Perak (Lepas) dan Persatuan Editor Malaysia (PEM).
Ketua Satu PENA Usman Awang [1961-1965] Hassan Ahmad [1965-1967]A. Bakar Hamid [1967-1969] Hassan Ibrahim [1969-1972]Mohd Noor Azam [1972-1977]Adam A. Kadir [1977-1982] Ahmad Kamal Abdullah [1982-1985]Mohd Noor Azam [1985-1986] Ahmad Kamal Abdullah [1986-1987] Anwar Ridhwan [1987-1988]Yahya Ismail [1988-1990]Maarof Saad [1990-1992]
Presiden PENA Ahmad Sebi Bakar [1992-2008] Baharuddin Zainal [2008-2010] Mohamad Saleeh Rahamad [2010-sehingga kini]
created with