• Utama
  • Latar Belakang
    • Sejarah
    • Misi, Visi, dan Hala Tuju
    • Jawatankuasa
    • Kenali Presiden
    • Koleksi Ucapan Presiden
    • Laporan Tahunan
  • Borang
  • Aktiviti
    • Buku Terbitan
    • Kalendar
  • Galeri
    • Foto
    • Video
    • Berita
    • Siaran Media
  • Hubungi
  • Utama
  • Latar Belakang
    • Sejarah
    • Misi, Visi, dan Hala Tuju
    • Jawatankuasa
    • Kenali Presiden
    • Koleksi Ucapan Presiden
    • Laporan Tahunan
  • Borang
  • Aktiviti
    • Buku Terbitan
    • Kalendar
  • Galeri
    • Foto
    • Video
    • Berita
    • Siaran Media
  • Hubungi

SEJARAH

Penubuhan PENA Malaysia

Latar Belakang

Penubuhan PENA pada awal 60-an dapat difahami dengan meninjau peristiwa politik sebelumnya dan kegiatan tokoh-tokoh penulis yang menubuhkannya. Pada zaman sebelum merdeka, ramai penulis dari semenanjung tanah Melayu berhijrah ke Singapura untuk bekerja dengan penerbit-penerbit di pulau itu. Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Warrant), Abdul Wahab Muhammad (Awam II-Sarkam), Abu Yazid Abidin (Wijaya Mala) dan Mohd Asraf Abdul Wahab (Asraf) misalnya sangat cergas menulis dan juga bergiat dalam persatuan penulis, Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50, yang ditubuhkan pada Ogos 1950.

Baca lanjut...

12 FEBR​UARI 1961
SEJARAH BERMULA

Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau PENA ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 12 Februari, 1961. Pada awalnya, ia hanya dikenali sebagai Persatuan Penulis Nasional sahaja, tetapi selepas terbentuknya negara Malaysia, nama rasminya menjadi Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

tiada

Tuhan sentiasa ada
menyaksi adaku dalam tiada
senyap-senyap Dia siapkan kapal samudera
melayarkan kita keluar dari rahim ibunda

senyap-senyap direntapnya kita
dalam gerbang senja tanpa tanda
di bawah kabut sehabis badai
disiram tangis yang menderai

Anwar Ridhwan
Tercipta Dari Tanah

Rumah PENA

mENYATUKAN PENULIS TANAH AIR DARI SEMUA PERINGKAT, DAN SEGALA ALIRAN PENDAPAT DALAM LAPANGAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN ILMU PENGETAHUAN, SESUAI DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL, DENGAN TIDAK TERIKAT KEPADA KEPARTIAN ATAU BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA

Hakcipta Terpelihara (c) Persatuan Penulis Nasional Malaysia

WordPress Theme

created with

PENA Malaysia .