MISI, VISI DAN HALA TUJU

Dalam Perlembagaan PENA tercatat:
“Penubuhan PENA bertunas daripada kesedaran bahawa bahasa dan sastera sebagai pancaran keperibadian masyarakat dan manusia; keperibadian sastera nasional harus dalam penjelmaannya dari bahasa nasional (Malaysia); sesuatu masyarakat itu diikat oleh hukum-hukum ‘bertulis dan tidak bertulis’ dengan persefahaman, tradisi dan moralnya; dan penulis/sasterawan mempunyai peranan dan tanggungjawab baik untuk kepentingan kaum penulis mahupun untuk kepentingan masyarakat yang dianggotainya. Oleh itu, PENA dihidupkan untuk masyarakat Malaysia yang utuh dan bersatu padu dengan maruah dan keperibadian nasionalnya.”

Misi

Memperjuangkan asas-asas kebangsaan melalui bahasa Melayu, memperkukuh suara penulis, menjadi wadah penerbitan yang aktif, serta menjadi persatuan yang terbuka kepada dialog universal, pelbagai kaum, generasi, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang unggul.