SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KINI KEMBALI

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN (SDPK) 2025

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Tiada yuran penyertaan, cuma peserta dikehendaki mendapatkan buku antologi puisi kemerdekaan Ke Sarang Cenderawasih terbitan GAPENA. Buku boleh diperoleh daripada Rumah GAPENA dengan harga RM20.00 senaskhah.
  3. Penyertaan Peringkat Negeri dianjurkan oleh persatuan gabungan GAPENA manakala bagi peringkat PDRM/ATM sila hubungi Setiausaha Kerja GAPENA melalui telefon +60 16-356 6429 atau melalui e-mel: gapena2u@gmail.com.
  4. Puisi Pilihan: Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam Antologi Puisi Kemerdekaan ‘Ke Sarang Cenderawasih’, terbitan GAPENA 2023.
  5. Format penghakiman dikeluarkan oleh GAPENA.
  6. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi.
  7. Peserta dikehendaki menyediakan video latar tanpa muzik/suara semasa di Peringkat Kebangsaan. Badan kerabat dikehendaki membantu peserta menyediakan video latar.
  8. Perserta hanya dibenarkan menyertai SDPK SEKALI sahaja sama ada di peringkat negeri, ATM/PDRM pada tahun pertandingan.
  9. Johan SDPK peringkat negeri, ATM/PDRM tahun 2024 hanya dibenarkan bertanding di peringkat negeri, ATM/PDRM yang dimenanginya itu.
  10. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
  11. Jawatankuasa SDPK berhak membatalkan kemenangan peserta yang melanggar syarat dan peraturan yang disenaraikan di atas.

FORMAT PEMARKAHAN

Hadiah Pertandingan
Johan: RM1000 + Hadiah iringan
Naib Johan: RM700 + Hadiah Iringan
Ketiga: RM500 + Hadiah Iringan
Keempat hingga Keenam: RM200

Sila isi borang penyertaan di pautan Borang Pendaftaran berikut sebelum atau pada 4 Julai 2025.