Tarikh tutup Sayembara Penulisan Puisi dan Esei ‘Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar’ dilanjutkan ke 31 Julai 2024

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Sahabat Sungai Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi bekerjasama menganjurkan sayembara penulisan puisi dan esei bertemakan ‘Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar’.

Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Untuk syarat penuh setiap kategori, sila rujuk poster di bawah.

Sayembara ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.00. Karya penyertaan hendaklah dihantar menerusi borang dalam talian yang disediakan penganjur iaitu kategori esei di sini manakala kategori puisi di sini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 011-7305 6857 (Rosman Md Shah) atau e-mel pertanyaan anda kepada urus setia.