Sebanyak 27 penyertaan telah diterima oleh urus setia penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 (SDPK) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan berlangsung pada 14 Julai 2024 bertempat di Dewan Usman Awang, Rumah PENA. Jumlah ini dijangka akan bertambah sehingga tarikh tutup pada 12 Julai 2024 nanti.
Menariknya, beberapa peserta SDPK yang mendapat tempat untuk beberapa tahun lepas masih setia menyertai pertandingan tahun ini. Antaranya ialah Muhammad Zamratur Rahman Yusri yang muncul johan SDPK ke-37 peringkat wilayah yang sama menerusi sajak berjudul Potret Silam Muzium Bangsa karya Sani La Bise. Beliau muncul lagi kali ini dengan sajak baharu Wujud Yang Menipis karya Mohd Ghazali Taib.
Pemenang tempat ketiga tahun lalu, Salmiyati Md. Raus turut menghantar penyertaan. Selain mereka, Nor Hafuza Muhammad Arif dan Arif Iswandy bin Sazali yang mendapat tempat sagu hati dalam SDPK ke-37 lalu turut menyertai SDPK kali ini.
Beberapa nama hebat turut muncul dalam senarai urus setia. Paling menarik perhatian adalah penyertaan Tai Weuy Liang yang semakin menyerlah dalam beberapa siri pertandingan sebelum ini.
Berikut adalah nama-nama peserta SDPK Ke-38 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (akan dikemaskini dari masa ke masa):
SDPK Ke-38 ini dikelolakan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Selamat bertanding buat semua peserta!