SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-38, TAHUN 2024

SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-38, TAHUN 2024

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada yuran penyertaan dikenakan.
  • Penyertaan peringkat negeri dianjurkan oleh persatuan gabungan GAPENA. Manakala, bagi
    peringkat PDRM/ATM, sila hubungi Rumah GAPENA melalui telefon +60 11-6264 2412 atau
    melalui e-mel: gapena2u@gmail.com
  • Puisi Pilihan − Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat
    dalam ‘Antologi Puisi Kemerdekaan Ke Sarang Cenderawasih’ terbitan GAPENA 2023.
  • Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi di semua
    peringkat SDPK.
  • Peserta dikehendaki menyediakan video latar yang bersesuaian tanpa audio/suara semasa
    di peringkat kebangsaan.
  • Peserta hanya dibenarkan menyertai sayembara SEKALI sahaja sama ada di peringkat negeri,
    ATM/PDRM pada tahun pertandingan.
  • Johan SDPK Peringkat Negeri, ATM/PDRM tahun 2022 hanya dibenarkan bertanding di
    negeri, ATM/PDRM yang dimenanginya itu.
  • Johan SDPK Negeri/ATM/PDRM 3 tahun berturut-turut (2021, 2022, 2023) direhatkan dari
    menyertai SDPK Ke-38, 2024.
  • Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan juri di setiap peringkat negeri, ATM/PDRM/kebangsaan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
  • Jawatankuasa SDPK berhak membatalkan kemenangan peserta yang melanggar syarat dan
    peraturan yang disenaraikan di atas.
  • Sebarang surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan.

PENGHAKIMAN

  • Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA.

CARA PENYERTAAN

  • Seorang pemenang akan bertanding mewakili negeri, ATM dan PDRM dalam SDPK Ke-38 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 24 Ogos 2024.

HADIAH SDPK KE-38, 2024, PERINGKAT KEBANGSAAN

  • Johan sayembara menerima Piala Pusingan SDPK, piala iringan, wang tunai RM5,000.00,hadiah
    iringan dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, piala iringan, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, piala iringan, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Keempat, Kelima, dan Keenam menerima hadiah penghargaan wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Peserta yang mendapat tempat ke-7 hingga ke-17 di Peringkat SDPK Kebangsaan akan
    menerima sagu hati wang tunai RM300.00 dan hadiah iringan serta sijil.

Muat turun syarat di sini.