Tahniah diucapkan kepada Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) atas pentauliahan sebagai NGO Warisan Budaya Dunia (Tidak Ketara) di bawah UNESCO yang akan disampaikan ketika acara ‘The Tenth General Assembly Of The States Parties To The Convention For The Safeguarding Of The Intangible Cultural Heritage‘ yang akan berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO di Paris pada 11 hingga 13 Jun 2024 ini.
PENA Malaysia diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden PENA, En. Mohd Khair Ngadiron, Timbalan Presiden PENA dan En. Rosman Md Shah, AJK PENA.
Rumah PENA yang menjadi pusat bagi pelbagai kegiatan sastera, bahasa dan budaya sejak 1998 membuahkan hasil apabila menerima akreditasi sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Warisan Budaya Dunia (Tidak Ketara) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) minggu ini.
Selain PENA, terdapat dua lagi NGO dari Malaysia yang disenaraikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara akan ditauliahkan secara rasmi dalam acara ini.
Tahniah PENA atas pentauliahan ini!