SIDANG 4: FORUM
TOPIK: DENYUT PUISI DI ALAM MELAYU
TARIKH: 14 OKTOBER 2023
MASA: 2:30 PETANG
LOKASI: TINGKAT 3, DEWAN HOTEL GRAND CAMPBELL
PANEL 1DR. NORHAYATI AB.RAHMAN ialah pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya. Selain penulisan ilmiah, beliau menulis puisi dan cerpen yang diterbitkan dalam akhbar, radio, dan majalah dengan menggunakan nama pena Haryatie Ab. Rahman. Kumpulan Puisi Berguru Pada Sejarah diterbitkan oleh ITBM (2018). Telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Anugerah Akademik Negara dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Beliau juga merupakan AJK PENA, Ahli Seumur Hidup PENYAIR dan Timbalan Presiden, Persatuan Pemuisi Nasional (PEMUISI).
PANEL 2HARTINAH AHMAD merupakan penulis sajak, seni kata lagu, skrip drama TV, radio, cerpen. Beliau Menerima Anugerah Persuratan lirik lagu (1993, 1997, 1999), Hadiah Sastera Drama TV (2001), Anugerah Drama Paling Popular (2013, 2015, 2017), Artistic Excellence Award Compass (2024), Singapore Litrerature Award 2016, Hadiah Sastera Singapura (puisi), 2017, Pena Emas (puisi – 2013, 2017, 2019), Honourable Mention GPA (cerpen, 2021) dan Pena Emas (puisi 2022, Gandoura).
PANEL 3RATNA AYU BUDHIARTI lahir pada 1981. Karyanya terbit dalam pelbagai media, dan diterjemahkan ke bahasa Inggris, Perancis, Rusia, dan Korea. Menerbitkan 9 buku tunggal dan lebih 60 antologi bersama. Buku Magma, masuk nominasi 10 besar Hari Puisi Indonesia 2017. Meraih penghargaan “Wanita dan Budaya Award” dari majalah Good Housekeeping Indonesia (2013). Kini bergiat dalam Penyair Perempuan Indonesia, dan Asian Women Writers Association. Kumpulan cerpen Perempuan yang Berhenti Membaca (2020) mendapat penghargaan Buku Prosa Terbaik Langgam Pustaka (2021).
PANEL 4MAHROSO DOLOH lahir di Patani, Thailand (1992), guru Bahasa Melayu di Sekolah Hatyaiwittakarn, dan penyair Patani serta penulis bebas. Pendidikan awanya di Sekolah Bakong Pittaya (Pondok Hutan Agu), Patani, Pendidikan Sarjana dari Jurusan Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia, dan Magister di Jurusan Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, Universitas Negeri Yogyakarta. Buku kumpulan puisi Pelabuhan Malam diterbitkan di ITBM (2017); Kiblat Cinta diterbitkan di Indonesia (2014).
MODERATORDR. NORZURAINA MOHD NOR atau lebih dikenali sebagai Ayudez Zuraina. Beliau merupakan Pengarah Pusat Kebudayaan dan Pensyarah kanan di Jabatan Seni, dan Reka bentuk Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif UPSI. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti seni, sastera dan budaya sebagai aktivis, penulis dan penyair dalam negara dan luar negara serta bergiat aktif dalam pembabitan dalam bidang penulisan kreatif pelbagai genre penulisan dan penerbit program sastera budaya.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
created with