SIDANG 6: PLENO
TOPIK: HALA TUJU PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA
TARIKH: 15 OKTOBER 2023
MASA: 11:00 PAGI
LOKASI: TINGKAT 3, DEWAN HOTEL GRAND CAMPBELL
PANEL 1DR. MOHAMAD SALEEH RAHAMAD lahir pada 1964 di Chemor, Perak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dan PhD daripada Universiti Malaya. Beliau kini pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya; Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) (2010-kini); Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA); dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Editor Malaysia.
PANEL 2JAWAWI HAJI AHMAD lahir di Miri, Sarawak pada tahun 1949. Beliau merupakan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Award) daripada Thailand, Tokoh Aktivis ASTERAWANI 50 Tahun (2012), Tokoh Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam (2015, Malaysia), dan Tokoh Nusantara Melayu Raya (Numera) (2018, Malaysia). Bidang penulisan ialah puisi, kritikan sastera, rencana dan skrip drama. Karya beliau tersiar dalam majalah Bahana, Juara Pelajar, Jurnal Pangsura dan Beriga. Kini beliau ialah Ketua II Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI).
PANEL 3SAMSUDIN SAID giat menulis cerpen, puisi, bangsawan, skrip teater, televisyen dan radio. Beliau merupakan Ketua 1 Anjung Satria Budaya (ASTRIA), Singapura. Beliau memenangi banyak hadiah dalam produksi skrip drama di Stesen TV Singapura dan bidang Sastera anjuran Majlis Kesenian Kebangsaan (NAC), Majlis Buku Singapura, Universiti Nasional Singapura & Angkatan Sasterawan 50. Buku terbitan terkini ialah The Dream Shoes dan Dua Wajah.
PANEL 4NIK ABDUL RAKIB NIK HASSAN ialah mantan pensyarah Pengajian Melayu di Prince of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand. Mantan Dosen Luar Biasa di Institut Agama Islam Negeri Palangka Raya, Indonesia. Menyertai Nusantara Studies Center, bawah naungan YM Peace Foudation. Wakil Assosiasi Tradisi Lisan cabang Riau bagi kawasan Patani, dan Wakil Manassa Pusat (Masyarakat Naskah Kuno Nusantara) kawasan Patani. Bukunya ialah Sejarah Patani dan Sejarah Narathiwas. Puisinya terbit dalam antologi Guridam Kalbu (Jakarta), Syair Untuk Negeri Dunia (Jakarta), Akulah Musi (PPN V), Sauk Seloka (PPN VI), dan lain-lain.
PANEL 5AHMADUN YOSI HERFANDA lahir di Kaliwungu pada 1958, alumi Universitas Negeri Yogyakarta, dan Magister Komunikasi di Universitas Muhammadiyah Jakarta. Beliau antara penggagas dan pencanang forum Pertemuan Penyair Nusantara dan seorang deklarator Hari Puisi Indonesia. Menulis cerpen dan esei sastera, mantan redaktur sastera Harian Republika dan kini mengajar creative writing di Universitas Multimedia Nusantara Serpong.
MODERATORMOHD KHAIR BIN NGADIRON lahir di Muar, Johor dan kini merupakan Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) bermula 6 Disember 2019. Pernah menerajui Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (2007-2018). Berpengalaman menerajui delegasi Malaysia dalam menyertai Pameran Buku Antarabangsa Tokyo, Pesta Buku Antarabangsa Indonesia, dan Pesta Buku Antarabangsa Riyadh sebagai tetamu kehormat. Beliau pernah menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan kini menjadi Pengerusi TV Alhijrah, Timbalan Presiden PENA, dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja GAPENA.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
created with