Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) adalah acara tahunan yang lahir dari Pertemuan Penyair Indonesia The 1st International Poets Gathering di Medan tahun 2007, diselenggarakan oleh Laboratorium Sastra Medan yang diketuai oleh Afrion. Gagasan tentang perlunya forum tahunan tersebut pertama kali dikemukakan oleh pendiri Komunitas Sastra Indonesia (KSI) Ahmadun Yosi Herfanda dan Viddy AD Daery yang saat itu memimpin rapat dalam pertemuan itu. PPN diikuti oleh para penyair terpilih dari negara Melayu serumpun; Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, dan Thailand melalui seleksi karya. Perhelatan sastera ini, kali pertama diselenggarakan di Medan, tahun 2007. Beberapa nama sasterawan yang membidani PPN di antaranya Ahmadun Yosi Herfanda, Sosiawan Leak, Jumari HS, Mukti Sutarman Espe, Kurnia Effendi, Chavchay Syaefullah (Indonesia), Mohammad Saleeh Rahamad (Malaysia), Djamal Tukimin (Singapura), Mahroso Doloh (Thailand), dan Djefri Arif (Brunei). Selain menerbitkan antologi puisi, PPN juga melibatkan acara diskusi dan pertunjukan seni baca puisi.
PERSATUAN PENULIS NASIONAL (PENA) merupakan antara persatuan penulis yang sentiasa aktif dalam program berkaitan sastera dan bahasa di Malaysia di samping memberikan fokus terhadap bidang persuratan Melayu, sama ada dalam genre karya kreatif dan bukan kreatif. Demi memartabatkan serta memperkasakan bidang sastera di Malaysia, PENA sering tampil dengan inisiatif penganjuran berkaitan dunia persuratan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan hingga ke antarabangsa. Sebagai melestarikan akar sastera bangsa, PENA turut berhasrat melaksanakan program kepenyairan peringkat serantau, iaitu Pertemuan Penyair Nusantara XII (ke-12). Pertemuan Penyair Nusantara merupakan satu tradisi penganjuran program kepenyairan yang pertama kali diadakan pada tahun 2007 di Medan, Indonesia. Rentetan itu, aktivis sastera negara serumpun bersilih ganti mahu menjadi tuan rumah untuk penganjuran program pertemuan penyair peringkat Nusantara ini demi memastikan hubungan sastera serumpun sentiasa erat dan berkembang setara dengan arus sastera dunia.
Sebelum ini Brunei, Selatan Thai, dan Singapura pernah menjadi penganjur, selain Indonesia yang paling banyak menganjurkannya seperti di Jambi, Palembang, Kediri, Tanjung Pinang dan Kudus. Bagi siri Pertemuan Penyair Nusantara XII (ke-12) kali ini, pelbagai pengisian berimpak tinggi akan dirancang merangkumi aspek penghasilan karya kreatif dan karya akademik, penerbitan karya, forum, persembahan pentas, serta penganugerahan khas bagi meraikan serta mengangkat nilai karya kreatif ke tahap dunia. Program yang bakal melibatkan negara serumpun dari alam Nusantara ini tentunya bakal membuahkan satu set produk berimpak tinggi sekali gus mengangkat harga diri sastera tanah air di mata dunia.
created with