SIDANG 2: UCAPTAMA
TOPIK: PERANAN PUISI DALAM PERGOLAKAN
TARIKH: 14 OKTOBER 2023
MASA: 8:30 PAGI
LOKASI: TINGKAT 3, DEWAN HOTEL GRAND CAMPBELL
TAMU UTAMA 1SASTERAWAN NEGARA ANWAR RIDHWAN dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Sungai Besar, Selangor. Selepas menamatkan pengajian ijazah pertama di Universiti Malaya (1973) terus berkhidmat di DBP Malaysia. Memperoleh PhD daripada Universiti Malaya (1998); pernah mengikuti kursus di New York University dan IWP di Iowa University USA serta Profesor Pelawat di Tokyo University of Foreign Studies (1997-2000). Kini merupakan pensyarah kanan di Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dah Pustaka (DBP) Malaysia.
TAMU UTAMA 2MAMAN S MAHAYANA ialah pengajar di Universitas Indonesia (FIB-UI), dikenali sebagai kritikus sastera. Beliau memperoleh penghargaan, antaranya juara Lomba Penelitian Bidang Ilmu Budaya UI (1990, 1991, 1995), Peneliti Berprestasi (2003, 2007), Penulis Makalah Terproduktif FIB-UI (2005, 2006, 2016), Tanda Kehormatan Satyalancana Karya Satya dari Presiden Republik Indonesia, Dr. H. Soesilo Bambang Yudhoyono (2005), Anugerah Sagang 2006 (Riau, 2006), Anugerah MASTERA Kuala Lumpur (2007), Penghargaan UI (2007), Certificate of Appreciation from President of Hankuk University of Foreign Studies, Korea, (2013), dan Penghargaan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia untuk buku Kitab Kritik Sastra sebagai buku esai kritik terbaik (2016). Pernah menjadi dosen tamu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea.
MODERATORDATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN ialah mantan Profesor Madya di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Semasa di Akademi Pengajian Melayu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Timbalan Pengarah dan pada 2007 sebagai Pengarah. Semenjak 1996 telah dipilih sebagai Setiausaha Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Malaysia. Pada tahun 2016, terpilih sebagai Ketua Satu GAPENA. GAPENA mempunyai jaringan yang akrab dengan ASTERAWANI Brunei Darussalam, ASAS 50 Singapura, gerakan kebudayaan Melayu di Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Kampuchea, Afrika Selatan, dan Madagaskar.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
created with