SIDANG 1: FORUM
TOPIK: MAHU KE MANA PUISI NUSANTARA?
TARIKH: 13 OKTOBER 2023
MASA: 3:00 PETANG
LOKASI: TINGKAT 3, DEWAN HOTEL GRAND CAMPBELL
PANEL 1ZEFRI ARIFF ialah sarjana, penulis, dramatis, aktivis budaya dan pemimpin belia. Mantan bagi Naib Presiden Asian Youth Council (AYC), Bendahari Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC), dan Setiausaha Agung Tertinggi Majlis Belia Brunei (MBB), Ketua 1 Kumpulan Putra Seni, Ahli Eksekutif Asian Theatre Association (ATA), Ahli Eksekutif ASEAN Puppetery Association (APA), Ahli Eksekutif Asia Pacific Writers & Translators Association (AP Writers), AJK Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI), kurator Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) dan lain-lain. Kini beliau ialah pensyarah Program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam.
PANEL 2ISBEDY STIAWAN ZS ialah sasterawan berasal dari Lampung, Indonesia. Pada 2022 meluncurkan buku puisi Nuwo Badik, Dari Percakapan dan Perjalanan, Mendaur Mimpi Puisi yang Hilang, Ketika Aku Pulang, dan Masuk ke Tubuh Anak-Anak (Pustaka Jaya, Bandung). Buku puisinya, Belok Kiri Jalan Terus ke Kota Tua masuk pilihan lima besar majalah Tempo (2019) dan Kini Aku Sudah Jadi Batu! terpilih dalam lima besar Badan Bahasa Kemendikbud RI (2019).
PANEL 3DR. SHAMSUDIN OTHMAN dilahirkan di Tangkak, Johor. Mendapat pendidikan awal di daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam (1985-86), Maktab Perguruan Lembah Pantai (1987-1989), Institut Bahasa, Kuala Lumpur (1994) dan Universiti Malaya (1998) sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Akademi Pengajian Melayu. Beliau adalah penerima S.E.A Write Award bagi tahun 2019. Kini bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
PANEL 4ROSLAN MADUN ialah Munsyi Sastera Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Malaysia sejak 2011. Beliau menerima anugerah Maestro Syair daripada Balai Pelestarian Kebudayaan (BPK) Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia 2018 di Tanjungpinang dan memperoleh Diploma Laureate Of The II Degree dalam Pertandingan Lagu Rakyat Sedunia di Rayzan, Rusia (2021). Beliau aktif melestarikan puisi Melayu tradisional terutama pantun dan syair. Mula aktif dalam bidang sastera sejak tahun 1972, di samping aktif dalam bidang teater, drama tv, dan perfileman sebagai penulis skrip, pelakon dan sutradara.
MODERATORAINUNL MUAIYANAH SULAIMAN lahir di Selangor, merupakan seorang penulis dan editor. Puisinya telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Novel pertamanya, Sepetang di Kafe Biblioholic memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2013. Kumpulan puisi berjudul Perempuan Bulan Perempuan Hujan diterbitkan pada tahun 2015 mengumpulkan puisinya yang terbit dalam pelbagai media. Beliau adalah editor dan penyelenggara pelbagai antologi cerpen dan kumpulan puisi.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
created with