Mesyuarat penyelarasan PPNXII 2023 lancar

Barisan jawatankuasa penganjur Pertemuan Penyair Nusantara XII 2023 bermesyuarat lagi pada 27 Ogos 2023 lalu bertempat di Rumah PENA, Kuala Lumpur. Bertemankan kopi panas dan karipap kentang, diiringi hujan lebat yang seakan turut menikmati minum petang, jawatankuasa menyusun kerja dan mengagih tugas di kalangan warga PENA.

PPNXII 2023 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober 2023 nanti. Lokasi acara masih belum dimuktamadkan. Penaja yang berminat masih dialu-alukan.

Namun tuan presiden kata, “Program tetap jalan!”