Pertemuan Penyair Nusantara ke-12 pada 13-15 Oktober 2023 di Kuala Lumpur

Pertemuan Penyair Nusantara ke-12 insya-Allah akan diadakan pada 13-15
Oktober 2023 di Kuala Lumpur.

Tema: Luka, Cinta, Damai

Bersedialah untuk penghantaran sajak dan penyertaan. Terbuka kepada anggota PPN (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Timor Leste, dan sesiapa yang berminat

📌 PENA dengan penuh takzim mengundang penyertaan penyair, pengarang dan seluruh peminat sastera warga Nusantara ke Pertemuan Penyair Nusantara XII 2023, Kuala Lumpur.

Pertemuan kali ini mengangkat tema ‘Luka, Cinta, Damai’ dan bakal berlangsung pada 13 ~ 15 Oktober.

Maklumat penyertaan seperti tertera pada poster hebahan. Untuk MENDAFTAR, boleh imbas kod QR ataupun melalui pautan URL ini — http://bit.ly/PPNXII2023

📆 Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2023 sebelum pukul 11.59 malam.

•••

📌 Sebuah antologi puisi (sajak) akan diterbitkan sempena Pertemuan Penyair Nusantara XII 2023, Kuala Lumpur ini.

Diundang kepada semua penyair & pengarang untuk menghantar SATU karya bagi menjayakan antologi ini. Tema karya seputar ‘Luka, Cinta, Damai’.

Untuk syarat-syarat karya, info berkaitan dan PENGHANTARAN karya, boleh imbas kod QR ataupun melalui pautan URL ini — http://bit.ly/PUISIPPNXII2023

📆 Tarikh tutup penghantaran karya pada 1 September 2023 sebelum pukul 11.59 malam.

•••

📌 Pertanyaan lanjut berkaitan PPN XII 2023 ataupun antologi puisi, boleh hubungi PENA melalui kotak mesej FB PENA ataupun e-mel: penamalaysia@gmail.com
Penyertaan terbuka dengan yuran yang akan diumumkan. Tunggu pengumuman rasmi dengan poster yang menerangkan maksudnya.

Untuk makluman PPN ke-11 telah diadakan di Kudus pada tahun 2019.

1 thought on “Pertemuan Penyair Nusantara ke-12 pada 13-15 Oktober 2023 di Kuala Lumpur”

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wbr.
    Mudah-mudahan lancar dan sukses perhelatan ini.
    Semoga saya dapat hadir di Kuala Lumpur.
    Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *